Isnin, 2 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 3 Pelajar E

Catatan Log
Pada minggu keempat ini, saya telah mengajar sebanyak 6 period sahaja memandangkan hari isnin yang lalu merupakan cuti awam sempena sambutan hari kebangsaan yang ke-25 tahun di NBD. Pada hari rabu yang lalu iaitu 25 februari 2009, saya telah mengajar tingkatan 4A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Tajuk yang saya sampaikan ialah ayat biasa dan ayat songsang. Aktivti juga turut saya lakukan seperti yang telah saya rancangkan sebelum ini. Kerja rumah juga diberikan kepada pelajar bagi tajuk pelajaran mengenai ayat biasa dan ayat songsang. Pada hari sabtu berikutnya pula iaitu pada 28 februari 2009, tajuk pelajaran yang saya sampaikan kepada para pelajar ialah menafsirkan maksud sajak ‘Ibuku’ dan juga sajak ‘Kau dan Aku’. Pada period 9 dan 10, kesemua guru dan pelajar-pelajar dipanggil untuk berkumpul di dewan serbaguna bagi penyampaian sijil perlantikan prefek dan PRS bagi tahun 2009.

Refleksi Kendiri
Saya telah mengajar penuntut dalam menengah atas 4A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pada hari rabu yang lalu (25 februari 2009), saya telah menyampaikan tajuk pelajaran mengenai ayat songsang dan ayat biasa. Saya banyak memberi contoh kedua-dua ayat ini dan juga menunjukkan cara menukar kedua-dua ayat ini. Aktiviti secara individu dilakukan bagi menguji kefahaman pelajar-pelajar di dalam kelas ini. Latihan telah diberikan kepada mereka di dalam kelas dan kesemuanya telah menyiapkan tugasan mereka pada masa yang tepat. Manakala hari sabtu (28 februari 2009) saya telah menyampaikan isi pelajaran mengenai cara menafsirkan maksud sesuatu sajak. Saya telah mengarahkan beberapa pelajar untuk mendeklamasikan sajak dengan intonasi dan nada yang betul. Pelajar yang dipilih ini ada menunjukkan potensi dan minat yang tinggi dalam mendeklamasikan sajak yang telah saya berikan. Secara rangkap demi rangkap maksud sajak saya berikan kepada pelajar sambil berbincang dengan mereka. Tugas perkumpulan juga dilakukan kepada mereka. Latihan sebagai kerja rumah telah diedarkan bagi menambah pengetahuan mereka dalam menafsirkan maksud sajak bagi ‘Kau Dan Aku’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan