Isnin, 9 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 5 Pelajar E

Catatan Log
Pada minggu kelima ini, saya telah mengajar 4 ‘period’ bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan 2 ‘period’ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi mata pelajaran kesusasteraan Melayu, saya ada mengadakan kuiz soal jawab dan Bahasa melayu pula saya mengadakan aktiviti seperti ‘Kerusi muzik’. Pada hari khamis yang lalu (5 Mac 2009) saya dan guru yang lainnya telah membuat lawatan dengan membawa pelajar-pelajar yang berada dalam menengah 4C (28 pelajar) untuk melawat ke tempat pertukangan yang ada menghasilkan Jong Sarat, barang-barang perak dan sebagainya yang bertempat di Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Bagi pengetahuan semua, Sekolah ini sedang menjalankan ujian peperiksaan bagi semua mata pelajaran untuk pelajar-pelajar yang berada dalam menengah 4 yang telah pun bermula pada 7hb Mac dan akan berakhir pada 18hb Mac 2009.

Refleksi Kendiri
Pada hari rabu yang lalu (4 Mac 2009), saya telah menyampaikan tajuk pelajaran mengenai Ayat pasif diri pertama dan Ayat pasif diri kedua (Bahasa Melayu). Pada awal pengajaran, saya telah memilih seorang pelajar bagi membaca petikan yang telah saya ambil sebelum memulakan sebarang pengajaran. Perkara ini dilakukan oleh saya supaya pelajar bukan saja dapat menambahkan keyakinan diri ketika membaca di depan, malah mereka juga dapat menimba ilmu daripada petikan yang dibaca oleh rakan mereka. Setelah itu, saya telah mengedarkan nota kepada semua pelajar mengenai tajuk pelajaran ini. Pelajar yang dipilih juga diminta untuk membaca apa yang terkandung di dalam nota itu. Perbincangan dan soal jawab juga telah diadakan di antara guru dan juga pelajar. Bagi membuat kelas lebih menyeronokkan, saya telah mengadakan aktiviti ‘kerusi muzik’ bagi menguji kefahaman para pelajar tentang tajuk pelajaran yang telah saya sampaikan kepada mereka. Pelajar-pelajar juga menunjukkan respon yang baik apabila aktiviti ini dijalankan. Setelah aktiviti itu berakhir, saya telah mengedarkan kertas latihan mengenai Ayat pasif diri pertama dan Ayat pasif diri kedua kepada pelajar-pelajar sebagai latihan di dalam kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan