Ahad, 15 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 6 Pelajar A

Catatan log harian

Pada hari Selasa bersamaan 12hb Mac 2009, saya telah memasuki kelas tahun 7B bagi mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Tajuk yang saya ajarkan ialah Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Sebagai induksi set, saya mengarahkan lima pelajar untuk melakonkan dialog yang telah saya sediakan. Kemudian pelajar lain akan meneka kata ganti nama diri yang dilakonkan oleh rakan mereka tadi. Hampir semua pelajar dapat mengenal pasti jenis kata ganti nama diri yang telah dilakonkan oleh pelajar.
Pada hari Khamis bersamaan 14hb Mac 2009, saya telah memberi ulangkaji kepada pelajar-pelajar saya. Saya telah membahagikan pelajar kepada dua kumpulan besar iaitu empat belas ahli dalam setiap kumpulan. Saya telah menyediakan tiga sampul surat berwarna iaitu warna merah, kuning dan hijau. Setiap sampul surat mengandungi soalan. Bagi yang berjaya menjawab soalan akan mendapat dua markah dan sepuluh markah bagi soalan bonus. Pelajar agak aktif dalam menjawab soalan yang diberikan dan berjaya menjawab soalan yang telah saya sediakan.

Refleksi Diri

Sepanjang pengajaran saya, semua pelajar dapat mengenal pasti isi pelajaran saya. Namun, bagi aktiviti berkumpulan pelajar agak bising dan ini menyebabkan kawalan kelas agak tidak terkawal. Bagi aktiviti kuiz yang saya adakan ulangkaji juga amat menarik minat pelajar saya. Oleh itu saya berpendapat untuk mempratikkan lagi aktiviti kuiz bagi kelas-kelas yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan