Rabu, 25 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 8 Pelajar B

Catatan Log

Pada minggu kelapan ini, kesemua pelajar-pelajar saya (menengah atas 4A dan menengah atas 4C) telah menduduki peperiksaan bagi semua mata pelajaran dan peperiksaan ini telah pun berakhir pada hari khamis yang lalu. Saya telah menghadiri majlis anugerah pelajar-pelajar cemerlang bagi peperiksaan PMB dan juga ‘O’ level untuk tahun 2008 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna di sekolah ini. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh timbalan pengetua iaitu Cikgu Haji Mohammad Yusof sebagai pembuka tirai bagi majlis ini. Salah seorang pelajar juga telah dijemput untuk naik ke pentas bagi memberi beberapa patah perkataan sebagai motivasi dan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar lain yang turut hadir bersama ketika majlis ini sedang dilangsungkan. Kempen kebersihan juga turut diadakan bagi semua kelas di sekolah ini sebelum bermulanya cuti penggal pertama.

Penilaian Kendiri

Semasa majlis penganugerahan bagi pelajar-pelajar cemerlang dilangsungkan, saya telah mengambil beberapa tips yang boleh dijadikan sebagai panduan bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMB dan juga ‘O’ level. Tips-tips itu telah saya ambil daripada salah seorang pelajar cemerlang yang patut dijadikan sebagai teladan. Tips-tips itu dapat dilihat seperti di bawah ini:
• Ulangkaji pelajaran setiap hari.
• Mengerjakan sembahyang lima waktu bagi yang beragama islam.
• Mengerjakan sembahyang sunat dan hajat.
• Mengambil perhatian di dalam kelas semasa guru memberi penerangan.
• Mengikuti kelas tambahan.
• Bersedia lebih awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan