Sabtu, 7 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 4, pelajar 7P2.

Catatan Log
Pada hari Rabu, 4 Mac 2009, saya telah memasuki kelas 7P2 untuk mengajarkan Kata Tugas. Di awal pengajaran, saya menerangkan beberapa jenis kata tugas dengan contoh-contohnya sekali. Kemudian saya mengarahkan beberapa orang pelajar untuk membina ayat daripada salah satu kata tugas yang telah dipelajari iaitu kata penegas, kata perintah, kata seru dan kata nafi. Secara keseluruhannya pelajar dapat membina ayat dan tahu fungsi kata tugas tersebut. Kemudian latihan dalam kelas telah diberikan iaitu mengisikan tempat-tempat kosong dengan kata tugas yang sesuai.

Refleksi Kendiri.
Pada pengajaran kali ini, pelajar-pelajar dapat memahami isi pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, saya perlu berusaha lagi untuk memberi kefahaman setiap isi pelajaran yang disampaikan kepada pelajar saya. Aktivti secara lisan dan bertulis perlu dikekalkan agar pelajar biasa bercakap baku dan menulis dengan ayat yang betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan