Isnin, 16 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 6 Pelajar E

LOG HARIAN ATAU DIARI
Pada minggu ketujuh ini, kesemua pelajar-pelajar saya (menengah atas 4A dan menengah atas 4C) telah menduduki peperiksaan bagi semua mata pelajaran dan peperiksaan ini akan berakhir pada 19 haribulan Mac 2009, khamis. Saya juga telah menjaga penuntut-penuntut ini di dalam kelas pada masa peperiksaan sedang dijalankan. Pada hari selasa yang lalu, saya telah di jemput untuk hadir di bilik mesyuarat bagi sesi taklimat mengenai majlis anugerah untuk pelajar cemerlang ( peperiksaan ‘o’ level dan juga PMB) yang akan berlangsung pada hari khamis iaitu 19 haribulan Mac 2009. Saya juga telah diberi tugasan untuk mendekorasikan dewan serbaguna bagi majlis yang bakal berlangsung itu nanti.

PENILAIAN KENDIRI
Saya telah menjadi pemerhati pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan ketika itu. Saya juga telah diberikan kelas sandaran (relief) bagi tahun 8C dan 8E. Pelajar-pelajar dalam tahun ini telah menduduki peperiksaan Bahasa Melayu semasa saya menjadi pemerhati mereka di dalam kelas. Daripada pemerhatian yang saya buat, pelajar-pelajar ini telah melakukan kesilapan dari aspek ejaan ‘menyimpan’ menjadi ‘menyempan’, ‘kapal terbang’ ditulis ‘aeroplane’ dan sebagainya. Manakala pelajar-pelajar yang dalam menengah 4 pula menghadapi kesukaran dalam menukar kata atau mencari kata dalam bentuk Bahasa Melayu yang sesuai dengan bahasa Inggeris seperti ‘Cable Car’ (dalam membuat karangan bagi kertas Bahasa Melayu 1). Oleh itu, saya akan berusaha mengeksplotasikan mereka dengan lebih banyak bahan bacaan yang sangat berguna kepada mereka kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan