Ahad, 15 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 5, pelajar 7P2


Catatan Log
Pada hari Sabtu, 14 Mac 2009, saya telah memasuki kelas 7P2 bagi mengajarkan sambungan kata tugas iaitu membina ayat. Di awal pengajaran saya mengimbas kembali pelajaran lalu dengan menyoal beberapa orang pelajar untuk memberikan 4 kata tugas yang telah dipelajari berserta contoh-contohnya sekali. saya telah menggunakan powerpoint slaid untuk para pelajar meneka jenis-jenis kata tugas dalam binaan ayat. Aktiviti yang djalankan ialah memberikan pelajar kepada 4 kumpulan untuk membina sekurang-kurangnya 4 jenis ayat yang terdiri daripada 4 kata tugas. Setelah itu seorang wakil pelajar akan menuliskan binaan ayat di atas papan putih. Sebagai latihan kerja rumah, pelajar diarahkan untuk membina ayat daripada setiap kata tugas iaitu kata penegas, kata perintah, kata seru dan kata nafi.


Refleksi Kendiri.
Sepanjang sesi pengajaran berlangsung, pelajar saya bergiat aktif dalam menjawab soalan yang diajukan. Sesetengah pelajar saya masih kurang mahir dalam membina ayat dengan betul. Manakala sesetengah yang lain mempunyai peningkatan dalam membina ayat dengan betul. Apa yang perlu saya lakukan ialah, saya perlu mengarahkan dan mengingatkan pelajar saya untuk sentiasa menggunakan bahasa baku apabila sesi pengajaran berlangsung, terutama sekali semasa bercakap di dalam kelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan