Ahad, 8 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 5 Pelajar A

Catatan Log

Pada hari Selasa bersamaan 3hb Mac 2009, saya telah mengajarkan tajuk pelajaran Bahasa Melayu iaitu meringkaskan surat kiriman tidak rasmi. Sebagai set induksi, saya telah menulis satu ayat yang agak panjang kemudian saya mengarahkan pelajar untuk memendekkan ayat yang telah saya sediakan. Hampir semua pelajar saya dapat memendekkan ayat yang telah saya berikan. Kemudian saya mengedarkan kertas edaran kepada pelajar saya yang berupa surat kiriman tidak rasmi. Saya mengarahkan mereka untuk bekerja secara berkumpulan. Hampir semua pelajar saya tahu untuk meringkaskan surat kiriman tidak rasmi dengan bantuan daripada saya.

Kemudian pada hari Khamis bersamaan 5hb Mac 2009, saya mengajarkan mereka perumpamaan. Sebagai set induksi, saya bertanya kepada mereka apa yang dimaksudkan dengan ‘perumpamaan’. Saya memberikan contoh ayat, ‘Siti Fatimah sungguh cantik bagai bulan dipagar bintang’. Daripada pernyataan saya itu, pelajar saya dapat membuat perbandingan. Saya telah menyediakan petikan teks yang mengandungi perumpamaan dan sebagai aktiviti pelajar, saya mengarahkan mereka untuk bekerja secara berkumpulan dan kemudian saya arahkan mereka untuk membina ayat bagi memberi maksud perumpamaan yang telah saya berikan.

 

Refleksi Kendiri

Sepanjang pengajaran saya hampir semua pelajar mengambil bahagian dan dapat mengikuti pelajaran yang saya ajarkan. Namun pelajar saya masih lagi ada masalah dengan meringkaskan surat kiriman tidak rasmi dan segelintir kecil daripada mereka tidak dapat menyenaraikan isi-isi yang penting. Kesalahan ejaan juga kerap kali berlaku terutama ketika saya mengarahkan mereka untuk membina ayat. Kawalan kelas juga tidak terkawal ketika saya mengarahkan mereka untuk bekerja secara berkumpulan. Untuk refleksi diri, saya berpendapat untuk mengumpulkan mereka mengikut senarai nama yang telah saya sediakan terlebih dahulu bagi mengelak mereka untuk berbuat bising.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan