Jumaat, 27 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 6, pelajar 4C.

Catatan Log

Pada hari Selasa 17 Mac 2009, saya telah mengajarkan sajak ‘Ketika Menjelang Tua’ kepada pelajar 4C. Saya telah menggunakan projektor LCD, untuk memaparkan slaid sajak. Saya mengarahkan pelajar untuk mendengarkan deklimasi sajak dan melihat gambar-gambar yang berkaitan dengan sajak tersebut. Gambar-gambar yang dilihatkan adalah supaya para pelajar dapat membayangkan suasana dan dapat memberikan maksud sajak mengikut kefahaman masing-masing. Kemudian saya telah membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. Satu kumpulan akan memberikan maksud satu rangkap sajak dan bentuknya sekali. Pelajar diarahkan untuk berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing. Setelah itu, setiap rangkap sajak akan dibentangkan oleh pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar-pelajar menunjukkan sifat bekerjasama dan bersifat aktif melibatkan diri dalam aktivti berkumpulan. Latihan yang diberikan kepada pelajar ialah latihan menjawab soalan aliran sajak.

Refleksi Kendiri.

Sepanjang sesi pengajaran berlangsung, pelajar saya bergiat aktif melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Pelajar saya mampu memberikan maksud sajak mengikut kefahaman masing-masing. Pada pendapat saya aktiviti seperti pembentangan ini amat perlu supaya dapat mengembangkan minda pelajar. pelajar-pelajar dapat menggunakan idea masing-masing dan sekaligus dapat berkongsi dengan rakan-rakan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan