Selasa, 17 Mac 2009

CATATAN LOG DAN REFLEKSI KENDIRI MINGGU KE 6 PELAJAR 4B

CATATAN LOG DAN REFLEKSI KENDIRI MINGGU KE-6 PELAJAR 4B

11&12HB MAC 2009: Pada minggu Ini saya hanya mengajar Novel pengabdian Bab 1 bahagian 6 dan Sajak “Tentera Pulang Dari Medan Perang”. Sewaktu mengajarkan NP kepada pelajar, saya mengarahkan pelajar berbincang secara berkumpulan untuk mencari watak-watak, latar masa & tempat. Kemudian pelajar diarahkan untuk membentangkan atau menyenaraikan hasil perbincangan mereka melalui OHP dan papan putih. Setiap kumpulan melantik salah seorang daripada ahli kumpulan untuk menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan rakan-rakan pelajar. Setelah aktiviti perbincangan selesai dijalankan, guru memberi pelajar tugasan menjawab soalan konteks sebagai kerja dalam kelas. Sebagai kerja rumah pada hari itu, guru mengarahkan pelajar membuat peristiwa penting Bab 1 bahgaian 6.

Pada hari Khamis 12hb Mac, topik yang diajarkan ialah “Tentera Pulang Dari Medan Perang”. Pada hari itu juga H.O.D yang juga merupakan C.T saya telah membuat pencerapan sewaktu saya mengajarkan sajak kepada pelajar. Sebelum mengadakan aktiviti berkumpulan, saya meminta dua orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk mendeklemasikan sajak “Tentera Pulang Dari Medan Perang”. Memang tidak dinafikan juga pelajar 4B mempunyai bakat dalam mendeklemasikan sajak. Walaupun pada awalnya pelajar agak malu untuk mendeklemasikan sajak, namun setelah guru mendeklemasikan sajak pada baris pertama, pelajar mula memberikan tindak balas dan mencuba untuk mendeklemasikan sajak tersebut. Jika dibandingkan dengan guru sewaktu mendeklemasikan sajak, ternyata pelajar lebih baik sewaktu mendeklemasikan sajak berbanding guru. Dalam aktiviti berkumpulan, saya mengadakan aktiviti kuiz yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar lelaki menamakan kumpulan mereka sebagai M Kebab, manakala kumpulan pelajar perempuan sebagai Roti John. Dalam aktiviti kuiz tersebut, kumpulan Roti John menang tipis kepada kumpulan M Kebab dengan kiraan 13-12 markah. Pada hari itu, pelajar berasa seronok dengan aktiviti kuiz yang diadakan.

PENILAIAN KENDIRI

Sepanjang pengajaran yang telah saya berikan kepada pelajar saya, kerja kelas mahupun kerja rumah yang diberikan kepada mereka kebanyakkanya tidak dihantar dan hanya segelintir sahaja pelajar yang menghantar kerja mereka. Hal ini sering saya tekankan kepada pelajar sebelum saya memulakan pengajaran. Ini merupakan salah satu kelemahan yang ada pada saya, mungkin pelajar beranggapan bahawa saya tidak begitu tegas dengan mereka. Maka pelajar berani mengambil kesempatan kerana mereka mengetahui bahawa saya tidak begitu tegas dan mendenda mereka jika kerja kelas mahupun kerja rumah tidak dihantar. Selain itu sikap pelajar masa kini suka mencantumkan meja bersama rakan yang lain misalnya sekitar dua ke tiga meja. Pada mulanya saya melarang pelajar berbuat sedemikian, namun hal itu tidak diendahkan oleh pelajar saya. Maka untuk mengambil hati pelajar serta dapat menarik minat mereka terhadap pelajaran, saya membenarkan pelajar mencantumkan meja mereka sekitar 3 ke 4 orang untuk memudahkan mereka membuat perbincangan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan