Isnin, 2 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 4 Pelajar A

Catatan Log
Pada hari Selasa 24hb Februari 2009, saya mengajarkan surat kiriman tidak rasmi kepada pelajar saya. Sebelum itu sebagai set induksi saya bertanya kepada mereka adakah mereka pernah menulis surat kiriman kepada teman-teman atau saudara-mara mereka. Hampir semuanya pernah menulis surat kiriman. Kemudian saya menunjukkan mereka alat bantu mengajar yang berupa surat kiriman tidak rasmi. Saya melekatkan surat kiriman tidak rasmi di atas papan putih dan menyuruh seorang demi seorang untuk membaca isi kandungan surat kiriman itu. Kemudian saya mengedarkan sampul surat kepada setiap pelajar dan mengarahkan merekan untuk menulis surat kiriman tidak rasmi. Tajuknya adalah bebas. Secara keseluruhan, mereka telah dapat mengenal pasti format surat kiriman tidak rasmi.
Pada hari Khamis 26 Februari 2009, saya mengajarkan tatabahasa bagi tajuk kata adjektif. Pada set induksi, saya menerangkan kepada pelajar apa itu kata adjektif dengan memberikan objek maujud yang telah saya sediakan. Kemudian saya mengedarkan nota edaran kepada setiap pelajar dan mengarahkan mereka untuk membaca secara mekanis seorang demi seorang. Saya memberikan petikan teks yang mengandungi kata adjektif dan mengarahkan mereka untuk membuat kumpulan kecil untuk bekerjasama. Setiap wakil kumpulan memberikan jawapan dengan menulis perkataan yang menganduingi kata adjektif.

Refleksi Kendiri

Sepanjang pengajaran saya, pelajar agak aktif untuk bertanya. Namun kawalan kelas saya juga kadang-kadang tidak terkawal memandangkan mereka sangat ramai. Kerja kumpulan juga menyebabkan mereka bercakap dan tidak mengambil perhatian kepada arahan yang saya berikan. Hal ini membuatkan saya untuk mengulangi setiap arahan yang saya berikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan