Isnin, 2 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 4 Pelajar D

Catatan Log
24. Febuari 2009 (Menganti pelajaran pada 19. Febuari 2009) – Memandangkan kelas Tingkatan Menengah Empat sering menghadiri latihan bagi menyambut Hari Kebangsaan, pelajaran pada 19. Febuari 2009 yang ditangguhkan itu dibawa pada hari ini. Pelajaran hari ini bagi tingkatan 4A ialah mengimbas dan menyambung semula pelajaran yang lalu iaitu cerpen Tanah iaitu berfokus kepada latar tempat, masa dan masyarakat. Secara umumnya, majority pelajar dapat menyatakan latar tempat, masa dan masyarakat melalui tugasan yang telah diberikan kepada mereka.
Manakala pada 26. Febuari 2009, pelajar hari ini melakukan aktiviti secara berkumpulan, sebanyak empat buah kumpulan telah ditetapkan dan iaitu seramai tiga orang ahli setiap kumpulan yang telah dipilih sendiri oleh guru. Tugasan bagi setiap kumpulan adalah berlainan tetapi berdasarkan kepada watak dan perwatakan dalam Hikayat Awang Kamaruddin, Tujuan utama aktiviti seumpama ini diadakan ialah pertama pelajar dapat berkerja sama sesama ahli dalam kumpulan mereka, di samping dapat melatih pelajar agar berani tampil berdiri di depan untuk membentangkan hasil tugasan mereka. Hasil dari tugasan mereka telah dilekatkan pada ruang Sastera yang telah disediakan di belakang kelas mereka.
28. Febuari 2009 (menganti pelajaran pada 23. Febuari 2009, kerana cuti Hari Kebangsaan)- Hari ini pelajar akan mempelajari cara menulis surat kiriman tidak rasmi. Pelajar-pelajar akan melihat contoh serta perbezaan antara surat kiriman rasmi dan surat kiraman tidak rasmi. Seterusnya pelajar akan mempelajari format-format atau ciri-ciri yang sepatutnya ada dalam surat kiriman tidak rasmi. Sebagai tugasan, pelajar akan ditugaskan untuk membuat surat kiriman tidak rasmi.

Refleksi Kendiri
Pada minggu ini, banyak pelajaran yang ditangguh dan diganti pada minggu ini serta cuti disebabkan Hari Kebangsaan. Gangguan latihan Hari Kebangsaan serta cuti menyebabkan beberapa kelas tertinggal dari segi skim pelajaran mingguan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sastera. Namun begitu, pelajaran yang tertinggal disebabkan cuti dan latihan tersebut tidak patut ditinggalkan begitu saja. Pelajaran tersebut harus dan wajib juga diajarkan kerana ia adalah skim yang perlu dipatuhi dan diikuti.
Setelah beberapa minggu mengajar, satu perkara yang saya perhatikan bagi pelajar tahun 7E saya ialah, kekerapan untuk keluar kelas pergi ke tandas, setentunya akan menggangu pengajaran guru. Namun begitu, saya memahami keperluan mereka untuk ketandas, namun saya tidak akan membenarkan pelajar ketandas melebihi dua orang dalam sekelip masa, dan juga saya tidak membenarkan mereka berada di tandas dengan masa yang begitu lama.
Bagi pelajar 4A, setakat ini mereka tidak ada masalah yang besar, kecuali jika pelajaran selepas rehat mereka tidak begitu aktif. Oleh yang demikian, saya telah mencadangkan bermula 3hb. Mac 2009, setiap hari Selasa, saya akan membawa mereka ke bilik multimedia, agar mereka tidak merasa mengantuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan