Ahad, 15 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 6 Pelajar D

Log Harian
10.Mac 2009 dan 12.Mac 2009- Pada minggu ini, pelajar 4A sedang menghadapi ujian pertama mereka. Oleh itu, tidak ada pengajaran dijalankan, namun persediaan mengajar telah dibuat lebih awal sebagai perancangan pengajaran selepas cuti.
14. Mac 2009- Memandangkan hari ini, pelajar Tahun 7E akan membuat ulang kaji pelajaran kerana pada hari Isnin (16. Mac) mereka akan menghadapi ujian topikal mata pelajaran Bahasa Melayu seperti yang tertera dalam skim mingguan, oleh itu persediaan mengajar yang telah dibuat lebih awal iaitu mengenai peribahasa (perumpamaan) akan diganti pada 30.Mac. Penggantian ini dilakukan disebabkan pengajaran tertangguh sebanyak dua kali disebabkan cuti Maulad Nabi S.A.W dan minggu ulang kaji. Ulang kaji pelajaran pada hari ini adalah mengenai tatabahasa iaitu jenis-jenis golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Ketiga-tiga jenis golongan kata ini telah diajarkan oleh saya, kecuali kata nama yang diajarkan oleh guru sebelumnya. Namun sebagai ulang kaji, ketiga-tiga jenis ini akan disentuh sebagai mengimbas kembali pelajaran lalu.
Refleksi kendiri
Walaupun pelajar-pelajar sedang menghadapi ujian dan minggu ulang kaji, saya telah berkesempatan berjumpa pelajar saya di awal pagi lagi untuk memberi nota tambahan untuk bacaan mereka sebelum mereka menghadapi ujian. Sebagai seorang guru, setentunya perasaan risau dan bimbang ada pada diri guru tersebut, kerana ujian yang dilakukan akan menguji sejauh mana keberkesanan pengajaran serta usaha guru tersebut, serta sejauh mana pelajar itu mengikuti pengajaran guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan