Jumaat, 20 Mac 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 7 Pelajar B

Catatan Log dan Refleksi Kendiri
Pada minggu ke 7 ini merupakan sambungan bagi ujian pertama pelajar menengah atas empat dan juga pelajar-pelajar menengah yang lain. Saya memanfaatkan minggu ini untuk memeriksa kertas ujian pelajar-pelajar saya iaitu Bahasa Melayu 1 dan 2, dan juga kesusasteraan melayu. Sejauh ini, saya baharu selesai memeriksa kertas ujian Bahasa Melayu 1 dan markah yang saya berikan pada tahap paling baik ialah gred B (81%) dan tahap yang paling rendah ialah gred D (57%). Manakala, kertas ujian bagi Kesusasteraan Melayu pula, markah yang paling baik ialah gred B (77%) dan yang paling rendah ialah gred F (34%) . Dua orang pelajar kesusasteraan Melayu saya yang tidak lulus adalah disebabkan oleh kurangnya kefahaman pelajar-pelajar tersebut terhadap arahan soalan yang diberikan, dan pelajar juga kurang menguasai jalan cerita cerpen dan hikayat yang dipelajari. Dengan demikian, mengikut keputusan saya buat dan pengetahuan pelajar sebelumnya mengenai ‘denda’ yang akan diberikan terhadap pelajar-pelajar yang gagal ialah pelajar tersebut akan menjalani kelas tambahan bersama saya selama seminggu atau kurang, ini mengikut peningkatan prestasi pelajar. Selain itu juga, pada minggu ini (iaitu merujuk pada hari khamis kelmarin), saya telah ditugaskan untuk mengawal dan menyampaikan hadiah kepada Timbalan Pengetua untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang menerima hadiah tersebut. Penglibatan saya dalam acara ini dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk berhadapan dengan ramai orang di atas pentas (iaitu termasuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5, guru-guru yang bertugas dalam acara tersebut, dan ibu bapa bagi pelajar-pelajar cemerlang yang menerima hadiah berkenaan). Insyallah saya akan mula bertugas seperti biasa pada 30 Mac 2009 (Isnin).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan