Sabtu, 25 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 11 Pelajar B

Catatan Harian dan Refleksi Kendiri
Pada minggu ini, saya telah menjalankan tugas saya seperti biasa. Cuma sebagai tambahan aktiviti, setiap petang iaitu biasanya pada hari isnin dan hari rabu, saya dan rakan-rakan mengadakan latihan drama/ teater bagi menengah atas 4 yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sahaja. Saya sebagai wakil kepada pelajar MA 4B akan membawa drama/teater yang diserap daripada cerpen Anak-anak Tasim Jali. Lain pula halnya dari segi pengajaran saya dalam kelas, melalui laporan ini, saya hanya akan menjelaskan pengajaran dan pembelajaran MA 4B sahaja iaitu bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Dalam minggu ini, saya mengajar tajuk Hikayat Awang Kamaruddin (HAK : Bab 3), misalnya pada hari isnin lepas (20 April 2009), saya mengajar tentang sinopsis, dan peristiwa-peristiwa penting dalam bab 3 (Hikayat Awang Kamaruddin). Sebagai induksi set, saya menggunakan peta yang menunjukkan negeri indonesia (tengah), dan menggunakan peta ini untuk dikaitkan dengan bab 3. Hal ini kerana dalam bab 3 banyak menerangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di negeri jawa (Indonesia). Setelah itu, saya menggunakan audio untuk memperdengarkan pelajar tentang sinopsis bab 3. Dari segi penggunaan audio seperti ini dapat membantu pelajar untuk memahami jalan cerita bab 3 terutama pelajar yang belum atau tidak habis membaca bab ini. Manakala, dari segi peristiwa-peristiwa penting, saya menggunakan kertas edaran yang berbentuk komik (sila lihat lampiran yang direka dalam versi PDF). Alhamdulillah, melalui penggunaan komik yang diisi dengan dialog-dialog penting yang pendek, aplikasi pelbagai bentuk kartun dan susunan jalan cerita dapat membantu pelajar memahami urutan peristiwa-peristiwa penting dalam bab ini dengan mudah. Lagi pula, kebanyakan pelajar menyukai bacaan yang berbentuk komik seperti ini. Sebagai aktiviti tambahan, untuk memastikan sejauh mana pelajar dapat memahami jalan cerita bab 3 ini dengan baik, saya menggunakan satu kertas foam yang berisi peristiwa-peristiwa penting. Pelajar-pelajar hanya diarahkan untuk mengisi tempat-tempat kosong bagi melengkapkan jalan ceritanya. Manakala, pada hari rabu lepas pula (22 April 2009) merupakan sambungan tajuk bab 3 dalam HAK. Dari peristiwa-peristiwa penting yang mereka pelajari sebelum ini dapat membantu pelajar untuk membuat plot cerita bab ini. Seterusnya, saya mengadakan kuiz untuk menguji kefahaman pelajar (bab 1 hingga bab 3). Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kump.Lamang Labai, Kump.Anggayan Damit, Kump.Raja Muda Indera Bongsu, dan Kump.Awang kamararuddin. Alhamdulillah, kuiz ini dapat berjalan dengan lancar dan pelajar dapat menjawab dengan betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan