Khamis, 23 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 9, pelajar 4C

Catatan Log

Pada hari Selasa, 14 April 2009, saya telah memasuki kelas 4C bagi mengajarkan Antologi Sajak Cermin Diri yang bertajuk Ayahku. Saya telah bertanya pelajar saya, siapa di antara mereka masih mempunyai seorang ayah dan apakah pengorbanan yang telah mereka lakukan terhadap ayah mereka selama ini. Di samping itu saya juga telah menunjukkan beberapa gambar seorang ayah kepada pelajar. Setelah itu, saya mendengarkan deklemasi sajak Ayahku melalui slaid powerpoint. Aktiviti yang dijalankan ialah saya telah membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan untuk sesi perbincangan mengenai bentuk sajak Ayahku. Kumpulan A akan membincangkan mengenai rangkap dan nama baris sajak, manakala kumpulan B akan mencari suku kata yang panjang dan pendek, sementara kumpulan C pula akan mencari rima akhir sajak dan kumpulan D akan menyatakan jenis sajak Ayahku. Setelah selesai seorang wakil kumpulan akan menuliskan jawapan mereka di atas papan putih dengan menggunakan ayat yang lengkap.latihan di dalam kelas pula ialah menjawab soalan mengenai aliran sajak Ayahku.


Refleksi Kendiri.

Sepanjang sesi pengajaran berlangsung, pelajar saya mahu bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan. Pelajar saya dapat menuliskan jawapan mereka mengenai bentuk sajak dan juga aliran sajak. Tetapi walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar saya kurang mahir dalam membina ayat. Apa yang saya perhatikan ialah pelajar saya dapat menjawab secara lisan dengan betul tetapi lemah dalam penulisan. Jadi, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu pelajar saya terutama sekali dalam cara menjawab soalan dengan menggunakan binaan ayat yang betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan