Ahad, 12 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 8 Pelajar E

Catatan Log
Pada minggu kesembilan ini, saya telah mengadakan aktiviti lakonan tentang ‘Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah’ kepada pelajar-pelajar Bahasa Melayu (4A) saya. Selain itu juga, kuiz soal jawab juga dijalankan dengan membahagikan para pelajar ini kepada dua kumpulan. Manakala tajuk pelajaran mengenai ‘Prosa Melayu Klasik’ telah saya sampaikan pada hari sabtu yang lalu. Saya melakukan dua aktiviti iaitu aktiviti secara individu dan juga aktiviti secara perkumpulan. Aktiviti secara individu iaitu dengan mengisi jawapan yang sesuai di tempat yang kosong dan juga aktiviti perkumpulan sebagai contoh perbincangan dan perbentangan. Pada hari selasa yang lalu iaitu 31hb Mac 2009, saya telah dijemput pada sebelah petang untuk mewakili kelab Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Dan Melayu Islam Beraja bagi menjemput menengah 4 bagi mengikuti aktiviti yang kami adakan iaitu bahas, pidato dan juga drama. Pada hari rabu pula iaitu 1 April 2009, saya dan juga guru pelatih lain telah mengadakan perasmian drama atau teater bagi menengah 4 bagi para pelajar yang mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Idea ini telah dihasilkan oleh kami (guru-guru pelatih) dan dikendalikan oleh guru-guru pelatih bagi mata pelajaran kesusateraan Melayu. Pelajar-pelajar saya menengah 4C (kesusasteraan Melayu) telah memilih drama ‘Hikayat Awang Kamaruddin dalam bab 1’. Latihan diadakan setiap hari isnin dan rabu pada pukul 2 hingga 4 petang. Pertandingan drama ini akan berlangsung sama ada pada hari khamis iaitu 30 April 2009 atau hari sabtu iaitu 2 Mei 2009.

Refleksi Kendiri
Pada pengajaran yang lalu bagi ‘Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah’, aktiviti lakonan yang dilakukan oleh dua orang pelajar saya telah menarik perhatian pelajar-pelajar lain. Kuiz soal jawab juga telah memberi semangat kepada mereka bagi memperolehi markah yang tinggi untuk mengalahkan kumpulan lain. Saya akan kerap mengadakan aktiviti sedemikian rupa bagi mendapatkan kesan yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan