Selasa, 14 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 8, pelajar 4C

Catatan Log

Pada hari Khamis, 9 April 2009, saya telah memasuki kelas 4C bagi mengajarkan novel Pengabdian bab 1 bahagian 6. Saya telah mengarahkan pelajar untuk membuat sinopsis cerita secara ringkas kemudian menceritakan isi cerita yang terdapat dalam bab 1 bahagian 6. Para pelajar dapat menceritakan sinopsis cerita tersebut. Setelah itu saya telah mengadakan kuiz berkumpulan. Soalan-soalan yang diajukan ialah mengenai watak-watak, latar tempat, latar masa dan soalan konteks. Tujuan saya mengadakan kuiz ialah untuk mengetahui sama ada pelajar dapat memahami keseluruhan cerita bab 1 bahagian 6 ataupun tidak. Rata-rata pelajar saya dapat menjawab soalan kuiz yang telah diberikan. Pelajar-pelajar saya bergiat aktif semasa sesi kuiz berkumpulan dijalankan.

Refleksi Kendiri.

Sepanjang sesi pengajaran berlangsung, pelajar saya mahu bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan. Apa yang saya perhatikan, pelajar saya berasa seronok apabila aktiviti tersebut diadakan. Saya berpendapat bahawa aktiviti seperti ini dapat menguji kefahaman pelajar dan dapat mnguji minda pelajar, terutama sekali soalan konteks. Pada masa akan datang saya akan cuba menggunakan aktiviti seperti ini dengan mempelbagaikan cara-cara membuat kuiz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan