Jumaat, 3 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 8 Pelajar A

Catatan log
Pada hari Selasa bersamaan 31hb Mac 2009, saya telah memasuki menengah tahun 7B pada pukul 11:00 hingga 12:00 pagi. Saya telah mengajarkan tajuk merumuskan jadual bagi satistik kemalangan jalan raya di Brunei pada tahun 2003 hingga 2008. Sebagai induksi set, saya bertanya kepada pelajar saya adakah mereka pernah mengalami kemalangan jalan raya. Kemudian saya mengarahkan mereka untuk bercerita di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Selepas itu saya menyediakan alat bantu mengajar yang berupa ‘hard board’ yang menunjukkan satistik kemalangan jalan raya bermula pada tahun 2003 hingga 2008 dan punca-punca kemalangan jalan raya. Saya bertanya kepada pelajar saya pada tahun bilakah bilangan kemalangan jalan raya meningkat kematiannya dan yang terendah bilangan kematiannya. Kemudian saya menyebut nama pelajar saya secara rambang. Bagi pelajar yang disebutkan namanya, saya akan mengarahkan mereka untuk memilih soalan yang disediakandalam sampul surat. Dalam sampul surat, saya menyediakan lima perkataan. Pelajar akan memilih perkataan dan seterusnya akan membina ayat yang saya berikan. Tujuannya ialah untuk memastikan pelajar dapat membina perkataan dengan panjang dan mudah difahami. Seterusnya saya mengarahkan mereka untuk merumuskan jadual kemalangan mengikut arahan yang diberikan.
Pada hari Khamis bersamaan 2hb April 2009, saya telah mengajarkan mereka memprosa sajak ‘Penciptanya siapa?’. Sebagai induksi set, saya bertanya kepada pelajar saya apa yang mereka lihat di sekeliling mereka. Kemudian setiap pelajar akan menjawab soalan yang saya berikan mengikut pengetahuan mereka. Selepas itu saya mengarahkan seorang demi seorang untuk mendeklamsikan sajak dengan gaya dan sebutan yang betul. Selepas itu, saya menyebut nama pelajar untuk memberi maksud makna sajak yang telah dibacakan tadi. Setiap pelajar mengambil bahagian walaupun ada segelintir pelajar yang hilang konsentrasi kerana mengantuk.

Refleksi kendiri
Sepanjang pengajaran saya, hampir semua pelajar saya mengambil bahagian untuk menjawab soalan yang diberikan. Namun, malangnya ada segelintir pelaajr yang kurang memberi perhatian terhadap pengajaran saya. Oleh itu saya ingin mempelbagaikan lagi teknik pengajaran dan akitiviti saya dengan lebih menarik lagi untuk memupuk minat mereka. Saya akan mempraktikkan lagi aktitivi lisan dan pembentangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan