Sabtu, 25 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 13 Pelajar A

Catatan Log
Pada hari Selasa bersamaan 21hb April 2009, saya telaha mengajarkan pelajar-pelajar saya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu tatabahasa bagi kata tugas. Sebelum memulakan pengajaran sebagai induksi set saya menayangkan video pendek bagi kata perintah, kata seru, kata penegas dan kata nafi. Setelah itu saya bertanya kepada pelajar saya apakah yang mereka tahu dari segi pengunaan ayat yang dipakai. Setelah mereka dapat mengenal pasti jenis kata ayat yang digunakan, kemudian saya bertanya lagi apakah fungsi kata perintah, kata nafi, kata seru dan penegas dalam perbualan seharian.Selepas itu saya mengarahkan mereka untuk melakonkan satu adegan yang menggunakan kata perintah, kata seru, kata penegas dan kata nafi. Sebagai latihan, saya mengarahkan pelajar untuk membina ayat yang mengandungi kata tugas yang saya ajarkan.
Pada hari Khamis bersamaan 23hb April, saya mengajarkan bagi tajuk meringkaskan karangan cereka. Sebagai induksi set, saya menyediakan satu ayat yang panjang kemudian saya mengarahkan mereka untuk meringkaskan menjadi satu ayat pendek. Selepas itu saya mengedarkan kertas edaran yang mengandungi karangan cereka pendek. Selepas itu saya mengarahkan mereka untuk meringkaskan karangan dalam satu perenggan sahaja.
Refleksi Kendiri
Sepanjang pengajaran saya, saya menggunakan alat bantu mengajar Lcd projector dan saya berpendapat dengan penggunaan Lcd projector sememagnya banyak membantu saya dalam mencapai objektif pengajaran. Namun kawalan kelas juga harus saya pertingkatkan lagi dengan membahagikan pelajar saya kepada kumpulan yang lebih kecil lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan