Sabtu, 25 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 11 Pelajar E

Catatan Log
Pada minggu ke 12 ini, saya telah menggunakan projektor LCD bagi kdua-dua mata pelajaran yang telah saya sampaikan. Aktiviti berkumpulan dan pembentangan juga turut diadakan kepada para pelajar. Saya juga mengadakan aktiviti seperti menyanyi bersama dengan para pelajar dan menggunakan lirik lagu itu bagi tajuk mata pelajaran yang saya sampaikan (bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu). Kuiz soal jawab dan melihatkan video juga diadakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu kefahaman. Guru turut mengajarkan cara untuk mencari informasi mengenai golongan-golongan kata dan juga menggunakan alamat laman web ‘www.youtube.com’ bagi mencari video yang berkaitan dengan tajuk pelajaran yang ingin disampaikan.


Refleksi Kendiri
Pelajar-pelajar menunjukkan minat yang mendalam bagi mencari beberapa informasi pelajaran dengan menggunakan laman web. Para pelajar dapat menggunakan dan mencari informasi dengan menggunakan internet dengan baik. Banyak informasi yang dapat mereka perolehi melalui internet. Pada masa akan datang, pelajar-pelajar akan didedahkan dan diberi peluang dengan menggunakan komputer atas meja dan sebagainya bagi meluaskan ilmu pengetahuan mereka dengan menggunakan alat yang serba canggih ini. Dengan terdedahnya pelajar-pelajar kepada penggunaan komputer ini, mereka akan dapat membuat segala tugasan dengan mudah dan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan