Ahad, 19 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 11 Pelajar E

Catatan Log
Pada minggu ke-11 ini, saya telah dilantik sabagai ahli jawatan kuasa bagi perlawanan ‘Netball’ yang akan berlangsung pada 20 April 2009. Setiap hari isnin dan rabu petang (2.00 petang hingga 4.00 petang) latihan drama atau teater diadakan dan dikendalikan oleh guru-guru pelatih. Bagi mata pelajaran sastera, saya telah memberikan lirik lagu yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang saya sampaikan iaitu sajak ‘Engkau Bagai Dalam Sangkar’. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, saya telah mengajarkan kepada para pelajar dengan menggunakan internet bagi mencari informasi mengenai ‘Kebaikan dan keburukan telefon bimbit’ dan juga mengajarkan mereka menggunakan ‘Microsoft Office Publisher 2003 atau 2007’ bagi membuat brosur. Brosur itu perlu mengandungi ‘Kebaikan dan keburukan telefon bimbit’ yang perlu dihasilkan oleh setiap kumpulan. Pada sabtu (18 April 2009), guru mengadakan forum bagi tajuk ‘Wajarkah penggunaan telefon bimbit ditegah disekolah’ dan para pelajar juga diarahkan untuk mempromosikan brosur mereka di hadapan guru.

Penilan Kendiri
Pada pengajaran yang lalu, saya telah menggunakan bilik ICT bagi menyampaikan pengajaran tentang ‘Kebaikan dan keburukan telefon bimbit’. Para pelajar dapat mencari beberapa informasi tentang ‘kebaikan dan keburukan telefon bimbit’ dengan menggunakan beberapa alamat laman web yang telah diberikan oleh saya kepada mereka. Brosur juga dihasilkan dengan menggunakan ‘Microsoft Office Publisher 2007’ yang mengandungi tajuk ‘Kebaikan dan keburukan telefon bimbit’. Pada hari sabtu yang lalu (18 April 2009), forum telah berjalan dengan lancar dan baik sekali. Tajuk bagi forum yang dibincangkan oleh mereka ialah ‘Wajarkah penggunaan telefon bimbit ditegah di sekolah’. Pelajar-pelajar dalam setiap kumpulan memberikan kerjasama dan idea yang sangat bernas memandangkan tajuk ini mempunyai kaitan dengan isu-isu semasa yang sering mereka perkatakan. Para pelajar juga meminta saya mengadakan bahas pada pelajaran yang akan datang, memandangkan mereka sangat meminati aktivti sedemikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan