Ahad, 19 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 10 Pelajar E

Catatan Log
Pada minggu kesepuluh ini, saya mengadakan aktiviti kuiz soal jawab dan juga aktiviti bisik berantai kepada pelajar-pelajar Bahasa Melayu saya. Beberapa keping gambar juga turut dilihatkan kepada pelajar-pelajar bagi membezakan kedua-dua gambar itu bagi tajuk pelajaran membezakan makna. Dengan mengadakan aktiviti bisik berantai di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini telah menimbulkan minat pelajar-pelajar bagi mengikuti aktiviti yang baharu pertama kali dicuba oleh mereka. Pada hari khamis yang lalu iaitu pada 9hb April 2009, saya dan guru-guru pelatih telah mengadakan lawatan ke Muzium bagi menimba ilmu yang baharu untuk berkongsi bersama dengan pelajar-pelajar saya 4A (Bahasa Melayu). Pelbagai alat-alat atau barang lama telah diletakkan di dalam muzium itu sebagai barang yang sangat berharga supaya ianya tidak pupus begitu sahaja.

Refleksi Kendiri
Pada pengajaran yang lalu bagi ‘membezakan makna’ telah tercapai objektifnya memandangkan pelajar-pelajar dapat menjawab kuiz dan juga aktiviti bisik berantai dengan lancar sekali. Pada induksi set, saya telah menunjukkan beberapa keping gambar yang melihatkan perbezaan makna bagi kedua-dua gambar itu. Manakala lawatan yang telah diadakan di muzium itu memang banyak membantu minda para pelajar untuk berfikir secara luas dan mendalam. Lawatan itu boleh dijadikan sebagai pengalaman dan bahan yang sangat berguna sebagai contoh dalam menulis karangan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan