Ahad, 12 April 2009

Catatan Log dan Refleksi Kendiri 9 Pelajar E

Catatan log

Pada hari Selasa bersamaan 6hb April 2009 , saya telah memasuki kelas tahun 7B untuk mengajarkan fahaman bagi petikan teks klasik. Sebelum memulakan pengajaran, saya telah telah menyediakan induksi saya dengan menyebut dua orang nama pelajar untuk membuat lakonan bagi dialog yang telah saya sediakan. Selepas itu, bagi pelajar yang lain pula saya akan menyoal tentang bahasa apa yang dilakonkan oleh rakan mereka itu tadi. Selepas itu barulah saya masuk kepada isi pelajar iaitu mengedarkan kertas edaran yang mengandungi petikan teks klasik. Saya mengarahkan mereka untuk membaca petikan tersebut seorang demi seorang. Kemudian saya mengarahkan mereka untuk menggariskan perkataan yang mereka tidak tahu maknanya. Aktiviti seterusnya ialah saya menyediakan alat bantu mengajar yang berupa kad manila yang dilekatkan di atas papan putih. Saya telah menyediakan perkataan yang mereka tidak tahu dan mengarahkan mereka padankan perkataan klasik ke dalam bahasa moden.

Refleksi kendiri
Sepanjang pengajaran saya, hampir semua pelajar saya dapat mengikuti isi pengajaran yang saya sampaikan. Walaupun memprosa klasik agak sukar untuk dipelajari,namun segelintir pelajar saya dapat memberi maksud yang diberikan. Latihan yang diberikan juga dapat disiapkan dengan lebih awal. Kawalan kelas juga kadang-kadang tidak dapat dikawal kerana mereka agak aktif dan hal ini membuatkan saya hilang kawalan untuk menengur mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan